Wednesday, August 5, 2009

Rilek-rilek sudah!


Gambar aku curik dari Malaysiakini sempena protes mansuh ISA 1 Ogos 2009

Selamat jalan Punk Kapak


At Jakarta
At Klub Racun, Bandung Indonesia

Thursday, July 30, 2009

Wednesday, July 29, 2009

Benefit Show for Mat Noor 1 Ogos 2009

Baca kisah Mat Noor di sini. Punk is love.

Back To Early Days

Dead Cities Punx? Takpe nanti aku cerita apa itu DCX. Gig kali ini memang pada aku rabak habis. Ye la kau tengok la band apa main. Nostalgia bai. Special edition punya reunion ni. Tup tap tup tap hilang tiba-tiba takde khabar berita tiba-tiba ade balik. Lu tak gila ke?
Ok aku mulakan dengan Hellsister.Akak-akak neraka ni memang tak dengar cerita langsung.Makan tahun bai. All girl line up untuk show ini dan line-up masih muka lama macam Riena, Daphne dan Collen. Lagi sorang aku tak tau sape. Takde update langsung. Cuma aku masih hairan so Collen ni. Die ni bukan ade band nazi sympathy ke? Sape boleh jawap?
Hellsister pernah wujud sekitar 2000-an dan ada merakamkan 2 EP dan salah satunya under Tribal War Asia. Pastu terus hilang. Aku ingat lagi line up terawal Hellsister (kalau tak silap aku la)iaitu Riena (bass), Daphne (gitar), Collen (voc) dan Along Apparatus (drum) dan pernah bermain show sekitar JB dan KL.

Enslaved Chaos memang dah reunion balik sekitar tahun lepas dan pernah bermain gig sekitar kuantan dan ini show pertama Enslaved Chaos kat KL. Aku masih ingat aku ade beli keset Enslaved Chaos masa singgah kat DEP studio, Kuantan sekitar hujung 90an. Memang rabak bai voc dia. Sick of you, sicck of you...bitch bitch bitch. Nanti aku balik kampung aku cari tape tu balik. Aku scan cantik-cantik letak sini.

The Dirty Dogs memang tak payah cerita. Band ni masih wujud sampai sekarang cuma tak aktif. Selain membuat rampasan kuasa, TDD jugak main gitar macam setan. Solo-solo membunuh dan ketukan drum padat sekaligus membuat orang bole kene rasuk. Ini band d-beat thrashing crust dengan raw vokal. Aku bukan kompang lebih-lebih tapi ini lah TDD. Cuma aku harap kali ni TDD dapat bawak lagi-lagu lama zaman-zaman demo War dan zaman Power that be.

Aghast ialah band yg berasal dari Kuantan. Sama macam band Enslaved Chaos, vokal asal Aghast pun dah jadi vokalis Enslaved Chaos. Aku pernah tengok Aghast perform maca zaman Lip Boom Boom sekitar hujung 90an. Bart memang menyanyi macam setan. Dgn rambut panjang libas sana-sini, memang rabak lah. Dengar khabar, untuk sesi gig kali ini, Aghast akan memainkan lagi zaman Thrash metal mereka dan menampilkan ahli silap mata sebagai drummer mereka. Memang drummer asal pun. Line up lain masih muka-muka yg asal iaitu Bart dan Along. Aku pun harap Aghast dapat membuat sedikit pertunjukan silap mata belah perut sebelum atau selepas show.

OK, dah tiga band pahang dah aku cerita,. Ni aku nak cerita pasal band Shah Alam pulak. Specops ialah band zaman-zaman SADIYS.Hanya dua orang line up yang masih aktif dalam scene iaitu Pat (Apparatus, Disarmament Records) dan Kia ( Mass Separation,Symphonic Blast Prod). Ada release seketul EP dan lagu yang paling killer pada aku ialah Land of War. Band ni aktif sekitar awal 2000 kemudian hilang terus. Dan gig kali ni tiba-tiba muncul pulak. Tak banyak info yg aku tahu untuk kemunculan dieorg ni cuma masih mengekalkan beberapa org line-up asal. Line-up lain mungkin dah hilang selera. Biasalah. Nanti aku balik kampung cari cover keset aku letak sini.

Relationsheep pulak baru je aku tengok dieorg perform masa gig tour Turtle JR dan Kontrasosial aritu.Kalau dulu main punk rock, sekarang dah ade riff-riff metal sikit-sikit lah. Tapi tak lari jauh lah, masih macam dulu. Dengan lirik-lirik marah, Relationsheep masih mengekalkan line-up lama cuma ada gitaris baru untuk main goreng- goreng. Band ni ada beberapa rilis sebelum ni termasuklah split dengan band punk Nepal - Rai-ko-ris

Aku tak sabar betul ni bai. Jumpa di sana nanti. Jangan nakal-nakal.

Sunday, July 26, 2009

Masa Rehat



I love Discharge, I love BrokenBones. Friendship!!!

Monday, July 20, 2009

Kontrasosial & Turtle Jr 2009 Tour

Teman dari Bandung, Kontrasosial dan Turtle Jr akan datang ke sini. Ini beberapa infomasi yang aku berjaya kumpul.Kontrasosial ialah band yang berpengaruh besar pada swedish hardcore dan Turtle Jr pula punk-rocker tua. Jangan tak datang.

24 July - Singapore
25 July - Johor Bahru
26 July - Kuala Lumpur
27 July- Kuala Lumpur
30 July - Tanjung Penang
1 Ogos - Batam

**UPDATE**

Nah amik kau!

Nah amik lagi! Singapore show 24th July

Ini pulak utk show Johor Bahru 25th July

KL show 26th July

Tanjung Penang 30th July

Sunday, July 19, 2009

Another show from Larkin Terror 1st August 2009

Hah? Ada Berani? Apexx memang handal !

Monday, July 13, 2009

Wave of Noise - 4 way split cassete

RAWWWW NOISE. Release bising terbaru. 4 way split dari Malaysia dan Singapuro ini memang bising. Ye la aku suka bising, kau tak suka bising takpe la.Menampilkan band nakal-nakal macam Skitsofrenia (paling nakal), Incrust, Distrust dan Disgrace. Walaupun kualiti sound agak kurang memberansangkan tapi kau masih boleh dapat 'energy' dia. Masih la dapat dengar bunyi bising gitar macam neraka dan drum padat-padat. Tapi keset yg aku dapat ni side A je yang okay, side B ke laut terus. Berombak-ombak bunyi dia. Nanti aku mintak tukar la ye Encik Senapunk.


Datang dengan packaging yang cukup cantik. Keset warna kuning. Mana kau nak dapat bai? Inlay cukup kemas. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Senapunk Records milik Zafran Skitsofrenia dan Chal.